Lapan cedera manakala tujuh lagi selamat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sembilan kenderaan di Kilometer 307.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara berhampiran Gopeng, Perak, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kemalangan itu membabitkan dua treler dan tujuh kenderaan lain.